8 Petua Kempiskan Perut Buncit Dalam Seminggu Secara Semulajadi

0
20
views

Ramai yang ada masalah dengan perut buncit ataupun boroi, pasti juga masalah buncit kepada ibu yang baru lepas bersalin. Nak tahu petua kempiskan perut buncit dalam seminggu secara semulajadi ini saya kongsikan tapi kena rajin dan konsisten tau bila amalkan ni, kalau amal sehari dah nak kurus maaflah ya memang tak jalan.

Takpelah jika anda berperut buncit, tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika anda tidak menjaga pemakanan anda, bukan sahaja perut menjadi buncit, tetapi kesihatan anda juga terjejas.

  • Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.
  • Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.

Berikut adalah 8 petua kempiskan perut buncit dalam seminggu secara semulajadi.

 

Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

 

foto – deherba.com

Daun Lidah Buaya & Asam Jawa

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

foto – google.com.my

Limau Nipis & Kapur Sirih

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 

foto – getaviral.com

Petua Kempiskan Perut Buncit Dengan Limau Nipis & Air

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

Teh Cina & Limau Nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Teh Hijau, Serbuk Kayu Manis & Madu Lebah

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

foto – www.agrowindo.com

Minyak Kelapa

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

Kapur Makan, Daun Sirih, Minyak Kayu Putih, Limau Nipis

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here