8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata.

0
8
views

Mata adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Tak dapat dibayangkan kalau dunia ni gelap gelita.Mata yang kabur pun dah jadi tak seronok sebab tak dapat melihat dengan jelas. Macam zaza la rabun..seksa juga nak melihat.

Jadinya jagalah mata sebaik-baiknya. So cerita kali ni zaza nak share dengan rakan-rakan semua 10 Makanan Yang Baik untuk Kesihatan Mata.

Makanan-makanan yang disenaraikan ni mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Begitu juga dngan nutrien lain yang amat penting untuk mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

1. Bayam
Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain daripada itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang boleh mencegah penyakit glaukoma

2. Bawang putih
Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione dalam bawang putih bermanfaat untuk melindungi kanta mata daripada radikal bebas seperti sinar UV

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Tomato
Tomato selalu digunakan untuk merawat kesihatan kulit muka. Tomato juga mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan mata yang sihat. Tomato kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene, dimana ketiga- tiga nutrien yang ini sangat penting kepada mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

4. Kubis Dan Brokoli
Ia juga adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang baik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan mata. Brokoli atau kubis mengandungi nutrien yang sama seperti bayam dimana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini berfungsi sebagai ‘cermin mata hitam’ yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran UV. Memakan kubis juga  dapat mengurangkan risiko katarak

5. Avocado
Avocado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lutein. Fungsi Lutein ini adalah menghalang degenerasi makula dan katarak mata

6. Telur
Makanan ini mengandungi sumber yang sangat baik zat seperti lutein untuk mata, B12, vitamin D, zink, vitamin A, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung dalam putih telur adalah antioksidan yang terbaik yang boleh mencegah degenerasi makula dan katarak.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

7. Biji Bunga Matahari
Biji bunga matahari mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan mata seperti katarak dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga matahari juga mengandungi vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi sensitiviti penyakit mata kepada cahaya atau lebih dikenali sebagai “fotofobia”

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8. Lobak
Lobak adalah salah satu sumber terbaik Vitamin A, kandungan beta-karotena dalam lobak merah menjadi asas dalam badan kita yang kemudiannya ditukar kepada Vitamin A.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here