7 Tips Pilih Pakej Umrah Dan Ziarah. Sila Kongsikan.

0
15
views

Sekarang memang musim orang menunaikan umrah. Anda akan lihat ramai orang berpusu-pusu mendaftar untuk ke Tanah Suci.

Seringkali kedengaran juga di kalangan jemaah yang tidak berpuas hati dengan pakej umrah yang mereka bayar, walhal ingin saya nyatakan kebanyakan jemaah yang nak ke sana tidak berusaha mendapatkan maklumat terbaik dan mengukur kewangan mereka sebelum memilih pakej umrah.

Di sini saya kongsikan sedikit panduan untuk anda semua lebih faham tentang pakej umrah.

1. Status kesihatan terkini

Perkara paling asas sebelum anda berfikir untuk menunaikan umrah ialah anda perlu tahu di mana tahap kesihatan anda. Kenapa penting? Sebab ianya mempengaruhi pakej apa yang sesuai untuk anda.

Pastinya kalau anda sihat anda mungkin tak kisah berjalan kaki agak jauh dari hotel ke Masjidil Haram. Namun jika anda ada masalah kesihatan seperti keuzuran fizikal, mesti jarak hotel yang berjauhan akan mengganggu kelancaran perjalanan umrah nanti.

2. Hotel

Anda perlu tahu dalam pakej umrah, biasanya ada 3 jenis hotel. Hotel 3 bintang, 4 bintang dan 5 bintang.

Pastikan anda tahu taraf hotel yang anda akan diami sepanjang berada di Madinah dan Mekah. Semakin dekat dengan Masjidil Haram, semakin mahal harganya.

Setiap hotel pula ada 3 jenis bilik: double (berdua), triple (bertiga) dan quad (berempat), setiap jenis bilik mempunyai rate yang berbeza.

3. FB atau BF

FB bukan Facebook ye. FB adalah full board, bermaksud pakej penginapan anda di hotel termasuk 3 kali makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Kalau BF maksudnya breakfast sahaja. Jangan tak tau pulak. Memang terbalikkan huruf je, tapi bajet umrah anda juga bakal berubah.

4. Lokasi ziarah

Umrah tanpa ziarah memang ada beza harga. Selalunya mana-mana pakej umrah memang ada sekali dengan ziarah. Sesambil buat umrah, masa ni lah jugak anda boleh ziarah tempat-tempat mulia dan bersejarah di sana.

Maklumlah pergi pun bukannya setiap hari macam pergi kedai mamak. Jadi harga pakej berbeza jika lokasi ziarah yang berjauhan dan memerlukan pengangkutan.

Kalau anda dah pergi banyak kali, dan tak nak pakej ziarah dapatlah harga yang lebih rendah.

5. Bayaran tambahan

Yang ni perlu tanya pada syarikat travel yang anda ambil pakej umrah tu, takut-takut tak termasuk.

Biasanya cas tambahan ni melibatkan perkara-perkara kecil seperti upah angkat bagasi, upah tolak wheel chair, dan juga bakhsis dan lain-lain. Pastikan anda jelas, supaya anda boleh bersedia dengan pelbagai kemngkinan.

Maklumlah kalau tempat kita, duit tak cukup boleh cucuk ATM. Kalau tak cukup duit tempat orang, nak minta orang mesti segan punya.

6. Penerbangan

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, penerbangan adalah menjadi pilihan untuk ke Tanah Suci. Harga tiket penerbangan juga mempengaruhi harga pakej umrah.

Tidak salah untuk anda Google dahulu harga tiket ke sana untuk panduan anda. Harga tiket MAS, Air Asia, Saudi Airlines pastinya berbeza.

7. Penampilan eksklusif

Menunaikan umrah dengan selebriti pastinya lebih mahal berbanding umrah dengan mutawwif biasa. Nama pun selebriti bang! Mestilah ada kos eksklusif jugak kan.

Senang cerita macam tu lah. Kalau nak bergambar dengan selebriti di sana, kena labur pakej besar sikit. Tapi kalau niat nak buat umrah je, selebriti tu letak tepi dulu.

Sumber: www.thevocket.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here